Monday, October 17, 2011

Haji Abdullah Hukum

Muhammad Rukun ialah nama sebenar Haji Abdullah Hukum. Walaupun nama beliau diabadikan di Kampung Haji Abdullah Hukum dan stesen LRT Abdullah Hukum, sejarah dan sumbangan beliau sebenarnya semakin dilupakan.

Beliau adalah antara tokoh terbesar yang awal di Kuala Lumpur serta turut menjadi pengasas sebuah kampung yang buat masa ini hanya tinggal beberapa rumah sahaja di Sungai Putih yang kini dikenali sebagai Jalan Bangsar.

Pak Ngah Haji Omar

Pak Ngah Haji Omar merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang terkenal di Jitra, Kedah. Beliau telah sama-sama berjuang menentang penjajahan British dan Jepun. Che Det (Tun Dr Mahathir) dikatakan antara tokoh terkenal yang sempat mengenali beliau.

Tiada sumber maklumat yang meluas mengenai beliau melainkan sebuah telefilem bertajuk 'Pak Ngah Haji Omar' lakonan Eman Manan. Gambar diperoleh daripada www.dshaira.com/.